Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Wednesday, January 26, 2011

Contoh Jawapan Komsas 1

Huraikan latar tempat bersama peristiwa dalam ketiga-tiga novel yang telah anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah Aku Anak Timur. karya Siti Aminah Hj Yusuf, Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari dan Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Aku Anak Timur ialah Universiti Leiden yang terletak di Belanda.. Universiti tersebut merupakan tempat bertugas En. Ali iaitu ayah Zarina.

Sementara itu, dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa pula, latar tempatnya ialah Kampung Sega yang terletak di daerah Kuala Sawah, Rantau. Di sini terdapat sebuah sekolah pondok, iaitu Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega di mana Hassan pernah belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun.

Selain itu, dalam novel Merdeka! Merdeka! pula latar tempatnya ialah Kampung Teras Jernang. Kudin dan rakan-rakannya berjuang mati-matian menentang ancaman pengganas komunis di kampung ini.

Contoh Jawapan Komsas 2

Huraikan latar tempat bersama peristiwa dalam ketiga-tiga novel yang telah anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah Aku Anak Timur. karya Siti Aminah Hj Yusuf, Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari dan Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Aku Anak Timur ialah Universiti Leiden yang terletak di Belanda.. Universiti tersebut merupakan tempat bertugas En. Ali iaitu ayah Zarina.

Sementara itu, dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa pula, latar tempatnya ialah Kampung Sega yang terletak di daerah Kuala Sawah, Rantau. Di sini terdapat sebuah sekolah pondok, iaitu Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega di mana Hassan pernah belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun.

Selain itu, dalam novel Merdeka! Merdeka! pula latar tempatnya ialah Kampung Teras Jernang. Kudin dan rakan-rakannya berjuang mati-matian menentang ancaman pengganas komunis di kampong ini.

Contoh Jawapan Komsas 3

Bandingkan latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah ‘Kapten Hassan Wira Bangsa’ karya Harun Johari dan Novel ‘Merdeka! Merdeka!’ karya A. Rahman Hanafiah.

Latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut digambarkan sebagai masyarakat yang berani berjuang menentang komunis. Dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa, Kapten Hassan dengan platun 12 sanggup berjuang menentang pengganas komunis. Manakala dalam novel Merdeka! Merdeka!, Kudin bersama dengan penduduk Kampung Teras Jernang berani bertempur dengan pengganas komunis.

Selain itu, masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut juga hidup bersatu padu dalam menghadapi ancaman pengganas komunis, contohnya dalam novel Kapten Hassan , penduduk bersama-sama menunaikan solat hajat bersama-sama dengan harapan pihak pengganas membebaskan datuk Hassan. Dalam novel !Merdeka! Merdeka! pula, penduduk Kampung Teras Jernang bersama-sama membina kubu pertahanan bagi menghalang ancaman dan serangan komunis.

Latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut ialah masyarakat kampong.. Dalam novel Kapten Hassan, penduduk Kampung Pantai yang majoritinya orang Melayu yang hanya bekerja sendiri. Dalam novel Merdeka! Merdeka pula penduduk Kampug Teras Jernang terdiri daripada orang Melayu juga yang bekerja sebagai pesawah padi

Contoh Jawapan Komsas 4

LATAR

(MASA/TEMPAT/MASYARAKAT)

Huraikan tiga latar tempat beserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan itu.

Novel yang saya kaji ialah Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari. Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Kampung Sega yang terletak di Daerah Kuala Sawah, Rantau. Di sini terdapat sebuah pondok, iaitu Sekolah Pengajuan Pondok Kampung Sega. Hassan belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun.

Latar tempat yang kedua ialah Ladang Getah Waterfall. Di sini Kapten Hassan bertempur dengan komunis yang merancang mengagalkan sambutan kemerdekaan.

Batu 8, Jalan Jelebu juga merupakan latar tempat yang terdapat dalam novel ini. Di sini telah berlaku pembunuhan terhadap keluarga Hassan oleh Kumpulan Bintang Tiga.

Contoh Jawapan Komsas 5

Contoh jawapan Komsas 6

Huraikan latar tempat bersama peristiwa dalam ketiga-tiga novel yang telah anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah Aku Anak Timur. karya Siti Aminah Hj Yusuf, Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari dan Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Aku Anak Timur ialah Universiti Leiden yang terletak di Belanda.. Universiti tersebut merupakan tempat bertugas En. Ali iaitu ayah Zarina.

Sementara itu, dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa pula, latar tempatnya ialah Kampung Sega yang terletak di daerah Kuala Sawah, Rantau. Di sini terdapat sebuah sekolah pondok, iaitu Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega di mana Hassan pernah belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun.

Selain itu, dalam novel Merdeka! Merdeka! pula latar tempatnya ialah Kampung Teras Jernang. Kudin dan rakan-rakannya berjuang mati-matian menentang ancaman pengganas komunis di kampong ini.

Contoh jawapan Komsas 7

Bandingkan latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah ‘Kapten Hassan Wira Bangsa’ karya Harun Johari dan Novel ‘Merdeka! Merdeka!’ karya A. Rahman Hanafiah.

Latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut digambarkan sebagai masyarakat yang berani berjuang menentang komunis. Dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa, Kapten Hassan dengan platun 12 sanggup berjuang menentang pengganas komunis. Manakala dalam novel Merdeka! Merdeka!, Kudin bersama dengan penduduk Kampung Teras Jernang berani bertempur dengan pengganas komunis.

Selain itu, masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut juga hidup bersatu padu dalam menghadapi ancaman pengganas komunis, contohnya dalam novel Kapten Hassan , penduduk bersama-sama menunaikan solat hajat bersama-sama dengan harapan pihak pengganas membebaskan datuk Hassan. Dalam novel !Merdeka! Merdeka! pula, penduduk Kampung Teras Jernang bersama-sama membina kubu pertahanan bagi menghalang ancaman dan serangan komunis.

Latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut ialah masyarakat kampong.. Dalam novel Kapten Hassan, penduduk Kampung Pantai yang majoritinya orang Melayu yang hanya bekerja sendiri. Dalam novel Merdeka! Merdeka pula penduduk Kampug Teras Jernang terdiri daripada orang Melayu juga yang bekerja sebagai pesawah padi

Contoh Jawapan Komsas 8

LATAR

(MASA/TEMPAT/MASYARAKAT)

Huraikan tiga latar tempat beserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan itu.

Novel yang saya kaji ialah Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari. Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Kampung Sega yang terletak di Daerah Kuala Sawah, Rantau. Di sini terdapat sebuah sekolah pondok, iaitu Sekolah Pengajuan Pondok Kampung Sega. Hassan belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun.

Latar tempat yang kedua ialah Ladang Getah Waterfall. Di sini Kapten Hassan bertempur dengan komunis yang merancang mengagalkan sambutan kemerdekaan.

Batu 8, Jalan Jelebu juga merupakan latar tempat yang terdapat dalam novel ini. Di sini telah berlaku pembunuhan terhadap keluarga Hassan oleh Kumpulan Bintang Tiga.

Contoh Jawapan Komsas 9

Berdasarkan novel tingkatan 2 dan tingkatan 3, huraikan persamaan dari segi tema dan persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.

Dua buah novel yang saya pilih ialah novel Kapten Hassan Wira Bangsa dan novel Merdeka! Mereka!. Dalam novel tersebut terdapat persamaan dari segi tema dan persoalan.

Novel-novel ini memaparkan tema tentang semangat perjuangan orang-orang Melayu menentang musuh negara.

Kedua-dua novel ini juga mempunyai persamaan dari segi persoalan iaitu semangat cinta akan tanah air. Berdasarkan novel Merdeka! Merdeka1, Pak Awang sanggup berhenti kerja dengan Tuan White sebagai kerani rendah hanya kerana tidak mahu menjadi tali barut Inggeris. Manakala dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa, Hassan sanggup menyertai angkatan tentera demi mempertahankan tanah air daripada dikuasai oleh Bintang Tiga.

Seterusnya, persoalan yang kedua ialah tentang keberanian menentang musuh negara. Dalam novel Merdeka! Merdeka!, Kudin dan rakan-rakannya berani menentang pengganas komunis walaupun mereka tidak mempunyai senjata yang mencukupi. Kudin pula pada ketika itu baru berusia 15 tahun.

Contoh Jawapan Komsas 10

Persoalan merupakan tema sampingan yang hendak disampaikan oleh pengarang.Berdasarkan novel yang anda pelajari,berikan tiga persoalan .

Novel yang telah saya kaji semasa di tingkatan tiga ialah novel Merdeka! Merdeka! hasil karya A.Rahman Hanafiah.

Persoalan yang terdapat didalam novel ini adalah sikap berani menentang keganasan dan penjajahan.Hal ini,dapat dilihat semasa Kudin,Datuk Onn dan seluruh rakyat Tanah Melayu menentang Malayan Union.

Selain itu, mempertahankan maruah bangsa dan negara juga merupakan salah satu persoalan yang terdapat di dalam novel ini.Hal ini dapat dibuktikan melalui semangat penduduk Tanah Melayu bangun menentang penjajahan Inggeris.

Satu lagi persoalan dalam novel ini ialah penjajahan hanya mendatangkan kesusahan kepada rakyat.Perkara ini dapat dibuktikan dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk Tanah Melayu semasa penjajahan Inggeris.

Contoh Jawapan Komsas 11

(KAJIAN NOVEL)

TEMA / PERSOALAN

CONTOH 1

Huraikan maksud tema dan terangkan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Novel kajian saya ialah Novel Merdeka! Merdeka!, karya A.Rahman Hanafiah.

Tema ialah persoalan pokok yang disampaikan oleh pengarang dalam sesebuah novel.Novel ini bertemakan perjuangan membebaskan negara daripada ancaman pengganas dan penjajahan Inggeris yang menyebabkan ramai yang hidup menderita.

Kudin dan Datuk Onn mempengaruhi rakyat tempatan supaya berjuang menentang Malayan Union.Perjuangan Kudin dan Datuk Onn akhirnya membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan oleh pihak Inggeris.

Kesalahan Ayat

Kesalahan Ayat Tidak Lengkap

Penggunaan Subjek dan Predikat

Ayat yang lengkap mesti mengandungi subjek dan predikat.Ayat yang tidak mengandungi subjek dan predikat dikatakan ayat yang tidak lengkap atau tergantung.

Contoh ayat:

a) Bangunan yang tinggi itu. SALAH

subjek

Ayat ini tidak lengkap kerana hanya mempunyai subjek.

Bangunan itu / yang tinggi. BETUL

Subjek predikat

Atau

Bangunan / tinggi. BETUL

Subjek predikat

Ayat ini lengkap kerana mengandungi subjek dan predikat.

b) Kasut yang berwarna coklat itu. SALAH

subjek

Kasut itu / yang berwarna coklat. BETUL

Subjek predikat

c) Untuk ibu saya. SALAH

predikat

Hadiah ini / untuk ibu saya. BETUL

Subjek predikat

Kesalahan Struktur Ayat

Susunan kata dalam ayat atau struktor ayat mestilah lengkap, tepat, dan betul supaya maksudnya dapat difahami.Kesalahan struktor ayat sering didapati dalam ayat tanya, ayat majmuk gabungan, dan ayat majmuk pancangan.

Penggunaan ayat tanya

Predikat kata tanya yang disertai partikel –kah perlu diletakkan di hadapan subjek ayat.Predikat kata tanya yang disertakan dengan partikel –kah perlu diletakkan di belakang subjek ayat.

Ayat tanya dengan partikel –kah

Contoh ayat:

a) Dia / kawan kamukah? SALAH

subjek predikat

Ayat tanya ini salah struktornya kerana predikat ayat yang bergabung dengan partikel –kah diletakkan di belakang ayat.

Kawan kamukah / dia?

Subjek predikat BETUL

Diakah / kawan kamu?

Subjek predikat

Ayat ini betul kerana kata yang bergabung dengan partikel –kah diletakkan di hadapan ayat.

b) Jualan murah itu / selama berapa harikah? SALAH

subjek predikat

Selama berapa harikah / jualan murah itu? BETUL

Ayat tanya tanpa partikel –kah

Contoh ayat:

a) Apa / barang itu? SALAH

subjek predikat

Barang itu / apa? BETUL

Subjek predikat

b) Siapa / rumah itu? SALAH

Itu / rumah siapa? BETUL

Penggunaan ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk gabungan dibentuk daripada dua atau lebih ayat tunggal yang dihubungkan dengan hata hubung gabungan.Unsur yang sama dalam ayat tunggal yang digabungkan perlu disebut sekali sahaja.Jika predikat dalam ayat-ayat tunggal itu mempunyai frasa sendi nama,maka frasa sendi nama itu perlu dikekalkan.

Contoh ayat:

a) Minuman ini bukan untuk kamu tapi dia. SALAH

Ayat ini salah kerana tidak mengekalkan kata sendi nama yang terdapat dalam ayat tunggal.

Minuman ini bukan untuk kamu tetapi untuk dia. BETUL

b) Kita perlu ke makmal atau bengkel? SALAH

Kita perlu ke makmal atau ke bengkel? BETUL

Penggunaan ayat majmuk pancangan

Ayat majmuk pancangan dibentuk dengan memancangkan satu atau beberapa ayat kecil lain (ayat tunggal) ke dalam satu ayat utama atau ayat induk dengan menggunakan kata hubung pancangan.Oleh itu, untuk membentuk ayat majmuk pancangan, kata hubung pancangan perlu dikekalkan.

Contoh ayat:

a) Saya berdoa anda lulus peperiksaan dengan cemerlang. SALAH

Ayat ini salah kerana telah menggugurkan kata hubung pancangan.

Saya berdoa agar anda lulus peperiksaan dengan cemerlang. BETUL

b) Zaidi melihat pemandangan sungguh indah itu. SALAH

Zaidi melihat pemandangan yang sungguh indah itu. BETUL

c) Dia menyatakan soalan itu sungguh mudah. SALAH

Dia menyatakan bahawa soalah itu sungguh mudah. BETUL

d) Dia menyatakan yang soalah itu mudah. SALAH

Ayat ini salah kerana menggunakan kata hubung yang tetapi tidak menggunakan kata hubung bahawa.

Dia menyatakan bahawa soalan itu mudah. BETUL

e) Saya diberitahu yang bapanya telah meninggal dunia. SALAH

Saya diberitahu bahawa bapanya telah meninggal dunia. BETUL

Selain kesalahan struktor dalam kata tanya, ayat majmuk gabungan, dan ayat majmuk pancangan, kesalahan struktor ayat juga berlaku apabila susunan kata dalam sesuatu ayat tidak betul dan tidak tepat yang menyebabkan maknanya sukar difahami.

Contoh ayat:

a) Berapa harikah selama jualan murah itu? SALAH

Selama berapa harikah jualan murah itu? BETUL

b) Bukan minuman ini untuk Ahmad tetapi untuk Amri. SALAH

Minuman ini bukan untuk Ahmad tetapi untuk Amri. BETUL

Kesalahan Frasa Kerja

Penggunaan frasa kerja aktif tak transitif

Kata kerja tak transitif berapitan ber…kan tidak boleh diikuti oleh kata sendi nama kerana akhiran -kan sudah merupakan singkatan kata sendi nama akan yang dapat mewakili kata sendi nama yang lain seperti pada,dengan,dan tentang.

Contoh ayat:

a) Cincinnya bertatahkan akan permata. SALAH

Cincinnya bertatahkan permata. BETUL

b) Berbekalkan pada semangat yang ada, dia meneruskan hidupnya. SALAH

Berbekalkan semangat yang ada dia meneruskan hidupnya. BETUL

Penggunaan frasa kerja aktif transitif

Frasa kerja aktif transitif tidak perlu disisipkan dengan kata lain antara kata kerja berkenaan dengan kata nama yang mengikutinya.

Contoh ayat:

a) Pihak ibu bapa sudah mengetahui tentang perkara itu. SALAH

Pihak ibu bapa sudah mengetahui hal itu. BETUL

b) Penduduk kampung akan mengetengahkan tentang cadangan itu kepada pihak atasan. SALAH

Penduduk kampung akan mengetengahkan cadangan itu kepada pihak atasan. BETUL

Penggunaan kata kerja pasif

Frasa kerja pasif ialah kata kerja yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat pasif.Frasa kerja pasif diri pertama dan diri kedua perlu diletakkan di hadapan kata kerja tanpa imbuhan awalan di-.

Contoh ayat:

a) Majalah itu sudah dibaca oleh saya. SALAH

Majalah itu sudah saya baca. BETUL

b) Masalah itu perlu diselesaikan oleh anda. SALAH

Masalah itu perlu anda selesaikan. BETUL

c) Surat itu dibaca oleh kami? SALAH

Surat itu kami baca? BETUL

Kata-kata lain tidak boleh disisipkan antara kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan kata kerja pasif.

Contoh ayat:

a) Majalah itu saya sudah baca. SALAH

Majalah itu sudah saya baca. BETUL

b) Surat itu kamu sudah baca? SALAH

Surat itu sudah kamu baca? BETUL

Frasa kerja pasif diri ketiga pula perlu diletakkan di belakang kata kerja dengan imbuhan di- dan kata sendi nama oleh.Oleh boleh dikekalkan atau digugurkan penggunaannya.

Contoh ayat:

a) Lauk itu ibu masak. SALAH

Lauk itu dimasak oleh ibu. BETUL

Lauk itu dimasak ibu. BETUL

b) Pokok durian itu ayah tanam. SALAH

Pokok durian itu ditanam oleh ayah. BETUL

Pokok durian itu ditanam ayah. BETUL

Kesalahan Frasa Adjektif

Penggunaan kata adjektif dengan kata penguat

Kata penguat tidak diperlukan bagi kata adjektif berimbuhan ter- yang menunjukkan maksud paling.

Contoh ayat:

a) Anyaman tikar mengkuang itu sungguh halus sekali. BETUL

Anyaman tikar mengkuang itu sungguh halus. BETUL

Anyaman tikar mengkuang itu halus sekali. BETUL

b) Kereta api peluru ialah kereta api yang terpantas sekali di dunia. SALAH

Kereta api peluru ialah kereta api yang terpantas di dunia. BETUL

Kereta api peluru ialah kereta api yang pantas sekali di dunia. BETUL

Penggunaan imbuhan ter- dengan kata adjektif sebagai predikat

Kata adjektif berimbuhan ter- tidak boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat.Oleh sebab itu, kata penguat perlu diletakkan sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif mengikut kesesuaiannya.

Contoh ayat:

a) Makmal itu terbesar. SALAH

Makmak itu sangat besar. BETUL

b) Minyak wangi itu terharum. SALAH

Minyak wangi itu sangat harum. BETUL

Penggunaan kata sendi nama dengan kata adjektif

Kata adjektif yang bersifat emotif yang hendak diperluas dalam ayat perlu disertai kata sendi nama.

Contoh ayat:

a) Ibu amat kasih anaknya. SALAH

Ibu amat kasih akan anaknya. BETUL

b) Maya sangat sayang anak patungnya. SALAH

Maya sangat sayang akan anak patungnya. BETUL

Kesalahan Kata Kerja

Penggunaan kata kerja transitif tanpa imbuhan

Kata kerja transitif biasanya mempunyai imbuhan awalan me- kecuali beberapa kata seperti makan dan minum.

Contoh ayat:

a) Khairuddin sedang pandang lukisan yang tergantung pada dinding itu. (SALAH)

Khairuddin sedang memandang lukisan yang tergantung pada dinding itu. (BETUL)

Penggunaan kata kerja tak transitif tan imbuhan

Kata kerja tak transitif perlu mempunyai imbuhan sama ada me-,ber-,atau ter-.

Contoh ayat:

a) Anaknya sedang tangis. (SALAH)

Anaknya sedang menangis. (BETUL)

b) Mereka lari di sekeliling rumah. (SALAH)

mereka berlari di sekeliling rumah. (BETUL)

c) Dia senyum apabila diusik. (SALAH)

dia tersenyum apabila diusik. (BETUL)

Penggunaan kata kerja transitif berapitan me-…I dan me-…kan

Kata kerja berapitan me-…I digunakan untuk menunjukkan maksud sesuatu yang kena pada pembuatnya.Kata kerja transitif berapitan me-…kan digunakan untuk menunjukkan maksud objek yang kena pada pembuatnya.

Contoh ayat:

a) Mahmud mendekatkan lembaga itu. (SALAH)

Mahmud mendekati lembaga itu. (BETUL)

b) Guru itu menjatuhi hukuman rotan kepada pelajar yang nakal itu. (SALAH)

Guru itu menjatuhkan hukuman rotan kepada pelajar yang nakal itu. (BETUL)

c) Ibu menghadiahkan kakak seutas rantai. (SALAH)

Ibu menghadiahi kakak seutas rantai. (BETUL)

Ibu menghadiahkan seutas rantai kepada kakak. (BETUL)

Kesalahan Kata Pemeri

Penggunaan ialah dan adalah

Kata ialah merupakan kata pemeri yang digunakan di hadapan kata nama.Kata adalah pula ialah kata pemeri yang digunakan di hadapan kata sendi nama dan kata adjektif.

Contoh ayat:

a) Hussein adalah bapa Azman. (SALAH)

Hussein ialah bapa Azman, (BETUL)

b) Rumahnya ialah besar. (SALAH)

Rumahnya adalah besar. (BETUL)

c) Hadiah ini ialah untuk ibu. (SALAH)

Hadiah ini adalah untuk ibu. (BETUL)

Kesalahan Kata Bilangan

Penggunaan berbagai,berbagai-bagai,pelbagai,bermacam,bermacam-macam,berjenis,dan berjenis-jenis.

Kata bilangan yang betul untuk menunjukkan maksud banyak atau jamak ialah berbagai-bagai,pelbagai,bermacam-macam,dan berjenis-jenis.

Contoh ayat:

a) Terdapat berbagai jenis makanan di restoran itu. (SALAH)

Terdapat bermacam jenis makanan di restoran itu. (SALAH)

Terdapat berbagai-bagai jenis makanan di restoran itu. (BETUL)

Terdapat bermacam-macam jenis makanan di restoran itu. (BETUL)

Terdapat pelbagai jenis makanan di restoran itu. (BETUL)

Penggunaan setengah,setengah-setengah dan sesetengah.

Kata bilangan sesetengah dan setengah-setengah menunjukkan maksud sebilangan daripada sesuatu.Kata bilangan setengah ialah kata bilangan bagi pecahan.

Contoh ayat:

a) Setengah orang suka tinggal di bandar. (SALAH)

Sesetengah orang suka tinggal di bandar. (BETUL)

Setengah-setengah orang suka tinggal di bandar. (BETUL)

Penggunaan para dan para-para

Kata bilangan para menunjukkan maksud semua.Para-para ialah kata nama yang menunjukkan maksud rak.

Contoh ayat:

a) Para-para pelajar haruslah bijak menguruskan masa. (SALAH)

Para pelajar haruslah bijak menguruskan masa. (BETUL)

Penggunaan beribu dan beribu-ribu

Kata bilangan beribu-ribu menunjukkan maksud banyak. Beribu ialah kata nama yang menunjukkan maksud mempunyai ibu.

Contoh ayat:

a) Beribu orang telah dipindahkan akibat banjir. (SALAH)

Beribu-ribu orang telah dipindahkan akibat banjir. (BETUL)

Penggunaan kedua dan kedua-dua

Kata bilangan kedua-dua menunjukkan maksud himpunan.Kata bilangan kedua menunjukkan maksud tingkat sesuatu.

Contoh ayat:

a) Kedua orang pencuri itu telah ditangkap. (SALAH)

Kedua-dua orang pencuri itu telah ditangkap. (BETUL)

Penggunaan kata bilangan dengan penjodoh bilangan

Kata bilangan tidak tentu tidak perlu disertakan penjodoh bilangan kecuali beberapa.

Contoh ayat:

a) Tiap-tiap orang peserta bengkel perlu menyatakan pendapat. (SALAH)

Tiap-tiap peserta bengkel perlu menyatakan pendapat. (BETUL).

Kesalahan Kata Hubung

Penggunaan apabila dan bila

Apabila ialah kata hubung manakala bila ialah kata Tanya.Oleh itu penggunaan apabila tidak boleh digantikan dengan bila dan sebaliknya.

Contoh ayat:

a) Dia tersenyum bila melihat telatah anaknya. (SALAH)

Dia tersenyum apabila melihat telatah anaknya. (BETUL)

Penggunaan kerana dan sebab

Kata kerana ialah kata hubung manakala sebab ialah kata nama.Kata sebab boleh berfungsi sebagai kata hubung jika didahului kata oleh menjadi oleh sebab.

Contoh ayat:

a) Dia tidak dapat datang sebab kakinya sakit. (SALAH)

Dia tidak dapat datang kerana kakinya sakit. (BETUL)

b) Dia tidak dapat datang oleh karana kakinya sakit. (SALAH)

Dia tidak dapat datang oleh sebab kainya sakit. (BETUL)

Kesalahan Kata Sendi Nama

Penggunaan di dan pada

Kata di ialah kata sendi naman yang digunakan untuk menunjukkan tempat.Kata sendi nama pada ialah kata yang digunakan untuk merujuk manusia, benda,binatang, dan masa.

Contoh ayat:

a) Gelas itu terletak pada atas rak. (SALAH)

Gelas itu terletak di atas rak. (BETUL)

b) Ayah pulang dari kebun di waktu petang. (SALAH)

ayah pulang dari kebun pada waktu petang. (BETUL)

Penggunaan dari dan daripada

Kata sendi dari digunakan untuk menunjukkan masa dan tempat.Kata daripada ialah kata sendi nama yang digunakan untuk merujuk manusia,perbandingan,asal-usul,benda abstrak, dan keanggotaan.

Contoh ayat:

a) Abang ke rumah kawannya sejak daripada pagi tadi. (SALAH)

Abang ke rumah kawannya sejak dari pagi tadi. (BETUL)

b) Dia berasal daripada Kuala Kangsar. (SALAH)

Dia berasal dari Kuala Kangsar. (BETUL)

c) Hadi ini dari ibu. (SALAH)

Hadiah ini daripada ibu. (BETUL)

d) Baju ini diperbuat dari sutera. (SALAH)

Baju ini diperbuat daripada sutera (BETUL)

e) Buku ini lebih tebal dari buku saya. (SALAH)

Buku ini lebih tebal daripada buku saya. (BETUL)

f) Dari perbialan itu, saya dapat tahu sikapnya. (SALAH)

Daripada perbualan itu, saya dapat tahu sikapnya. (BETUL)

g) Hanya seorang wakil dari ibu bapa hadir dalam mesyuarat itu. (SALAH)

Hanya seorang daripada wakil ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat itu. (BETUL)

Penggunaan ke dan kepada

Kata sendi nama ke digunakan untuk menunjukkan tempat, masa, dan benda konkrit yang tidak bernyawa.Kata kepada ialah kata sendi nama yang digunakan untuk benda-benda yang bernyawa dan abstrak.

Contoh ayat:

a) Pengunguman banjir itu disampaikan dari semasa kepada semasa. (SALAH)

Pengunguman banjir itu disampaikan dari semasa ke semasa. (BETUL)

b) Dia hendak mengirimkan wang ke ibunya di kampung. (SALAH)

Dia hendak mengirimkan wang kepada ibunya di kampung. (BETUL)

Penggunaan untuk dan bagi

Kata sendi nama untuk digunakan untuk merujuk kepada sesustu yang ditentukan. Dalam keadaan ini kata untuk tidak boleh diganti denmgan bagi.

Contoh ayat:

a) Bunga itu dihadiahkan khas bagi ibu. (SALAH)

Bunga itu dihadiahkan khas untuk ibu. (BETUL)

Penggunaan tentang dan mengenai

Kata sendi nama tentang digunakan untuk merujuk kepada hal yang dibicarakan.Oleh sebab itu kata tentang tidak boleh diganti dengan mengenai. Kata mengenai membawa maksud terkena pada sesuatu.

Contoh ayat:

a) Mereka berbincang mengenai isu semasa. (SALAH)

Mereka berbincang tentang isu semasa. (BETUL)

Penggunaan dalam dan di dalam

Kata sendi dalam digunakan untuk merujuk kepada tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.Kata di dalam pula merujuk tempat yang ada ruang atau jarak. Kata dalam tidak boleh digantikan dengan di dalam.

Contoh ayat:

a) Mereka tidak sependapat di dalam hal itu. (SALAH)

Mereka tidak sependapat dalam hal itu. (BETUL)

Penggunaan antara dan di antara

Kata sendi nama antara digunakan untuk merujuk tempat yang tiada ruang atau jarak.Kata antara tidak boleh digantikan dengan di antara.

Contoh ayat:

a) Persetujuan telah dicapai di antara kedua-dua pihak. (SALAH)

Persetujuan telah dicapai antara kedua-dua pihak. (BETUL)