Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

Kata Tunjuk

1. Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu, misalnya benda, tempat, haiwan dan manusia.

2. terdapat dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu. Ini digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat manakala itu digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh.

Contoh ayat:

(a) Meja yang bulat ini dibeli pada tahun lepas oleh ayah.

(b) Pelajar-pelajar itu sering berbincang di kantin semasa rehat.

(c) Kawasan perkampungan ini sedang dibangunkan oleh pihak swasta.

(d) Pulau itu kelihatan samar-samar sahaja jika dipandang dari sini.

(e) Roti yang terhidang di atas meja itu untuk tetamunya.

3. Kata ganti nama tunjuk mempunyai dua fungsi, iaitu:

(a) sebagai penentu

(b) sebagai subjek ayat

Contoh ayat :

(a) Kapal terbang itu sedang mendarat.

(b) Mereka tinggal di kampung ini.

Contoh ayat :

(a) Ini ahli kumpulan kami.

(b) Itu pokok meranti

No comments:

Post a Comment