Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

KARANGAN JENIS DIARI
  1. Karangan jenis diari juga dikenali sebagai catatan .
  2. Karangan jenis diari terbahagi kepada dua bentuk, iaitu diari sehari dan diari beberapa hari.
  3. Jika diari sehari, pelajar dikehendaki menulis hari, dan tarikh. Kemudian diikuti dengan waktu berlaku sesuatu kejadian.
  4. Jika diari beberapa hari, hanya sertakan hari dan tarikh. Waktu disertakan jika perlukan sahaja.
  5. Peristiwa yang dicatat merupakan sesuatu yang penting dan berkaitan dengan tajuk.
  6. Walaupun merupakan catatan, pelajar dilarang menggunakan singkatan.
  7. Cara penulisan karangan jenis ini mirip sebuah cerita. Urutan peristiwa menimbulkan daya tarikan untuk mengetahui peristiwa selanjutnjutnya.
  8. Bahasa yang digunakan hendaklah ringkas, mudah dan tepat.

No comments:

Post a Comment