Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Wednesday, January 26, 2011

Kesalahan Kata Ganti Nama

Penggunaan kata ganti diri Mereka

Kata ganti nama diri ketiga mereka bermaksud bilangan yang banyak atau jamak.Oleh itu kata mereka tidak perlu ditulis mereka-mereka untuk menunjukkan maksud bilangan yang lebih daripada seorang.

Contoh ayat:

a) Mereka-mereka yang tidak hadir ke sekolah akan dikenakan tindakan disiplin. (SALAH)

Mereka yang tidak hadir ke sekolah akan dikenakan tindakan disiplin. (BETUL)

Penggunaan kata ganti dia dan beliau

Kata ganti nama diri ketiga dia digunakan untuk merujuk orang biasa sahaja.Kata beliau ialah kata ganti nama diri ketiga yang digunakan untuk merujuk orang yang dihormati, berpangkat,atau mempunyai kedudukan yang tinggi misalnya Perdana Menteri,menteri,ibu bapa,guru,pemimpin, dan sebagainya.

Contoh ayat:

a) Dia disanjung oleh masyarakat kerana jasa yang begitu besar.. (SALAH)

Beliau disanjung oleh masyarakat kerana jasanya yang begitu besar. (BETUL)

b) Beliau diberkas oleh polis kerana menceroboh rumah jirannya. (SALAH)

Dia diberkas oleh polis kerana mencerobohi rumah jirannya. (BETUL)

Penggunaan kata ganti kami dan kita

Kata ganti nama pertama kami dan kita menunjukkan maksud banyak atau jamak. Kata kami digunakan untuk menunjukkan maksud saya dan dia, manakala kata kita digunakan untuk menunjukkan saya dan awak.

Contoh ayat:

a) Kita hendak pergi ke tandas sekarang” kata budak-budak itu kepada Cikgu Manaf. (SALAH)

Kami hendak pergi ke tandas sekarang” kata budak-budak itu kepada Cikgu Manaf. (BETUL)

Penggunaan kata ganti ia dan ianya

Kata nya tidak boleh bergabung dengan kata ia menjadi ianya. Kata ganti nama diri ketiga ia hanya digunakan untuk merujuk kepada manusia sahaja.

Contoh ayat:

a) Ianya dating dari Kuala Lumpur. (SALAH)

Ia datang dari Kuala Lumpur. (BETUL)

b) Anjing itu mati kerana ianya dilanggar lori. (SALAH)

Anjing itu mati kerana dia dilanggar lori. (SALAH)

Anjing itu mati kerana dilanggar lori. (BETUL)

No comments:

Post a Comment