Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas merujuk sesuatu yang khusus pada nama manusia, haiwan, benda, tempat, negeri, bangsa, bahasa, agama, pangkat, institusi, undang-undang, dan sebagainya.

2. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar.

3. Kata nama khas dapat dijeniskan kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tidak hidup.

4. Kata nama khas hidup merujuk kepada nama manusia, malaikat, haiwan dan tumbuhan.

No comments:

Post a Comment