Penggunaan berbagai,berbagai-bagai,pelbagai,bermacam,bermacam-macam,berjenis,dan berjenis-jenis.
Kata bilangan yang betul untuk menunjukkan maksud banyak atau jamak ialah berbagai-bagai,pelbagai,bermacam-macam,dan berjenis-jenis.
Contoh ayat:
a) Terdapat berbagai jenis makanan di restoran itu. (SALAH)
Terdapat bermacam jenis makanan di restoran itu. (SALAH)
Terdapat berbagai-bagai jenis makanan di restoran itu. (BETUL)
Terdapat bermacam-macam jenis makanan di restoran itu. (BETUL)
Terdapat pelbagai jenis makanan di restoran itu. (BETUL)
Penggunaan setengah,setengah-setengah dan sesetengah.
Kata bilangan sesetengah dan setengah-setengah menunjukkan maksud sebilangan daripada sesuatu.Kata bilangan setengah ialah kata bilangan bagi pecahan.
Contoh ayat:
a) Setengah orang suka tinggal di bandar. (SALAH)
Sesetengah orang suka tinggal di bandar. (BETUL)
Setengah-setengah orang suka tinggal di bandar. (BETUL)
Penggunaan para dan para-para
Kata bilangan para menunjukkan maksud semua.Para-para ialah kata nama yang menunjukkan maksud rak.
Contoh ayat:
a) Para-para pelajar haruslah bijak menguruskan masa. (SALAH)
Para pelajar haruslah bijak menguruskan masa. (BETUL)
Penggunaan beribu dan beribu-ribu
Kata bilangan beribu-ribu menunjukkan maksud banyak. Beribu ialah kata nama yang menunjukkan maksud mempunyai ibu.
Contoh ayat:
a) Beribu orang telah dipindahkan akibat banjir. (SALAH)
Beribu-ribu orang telah dipindahkan akibat banjir. (BETUL)
Penggunaan kedua dan kedua-dua
Kata bilangan kedua-dua menunjukkan maksud himpunan.Kata bilangan kedua menunjukkan maksud tingkat sesuatu.
Contoh ayat:
a) Kedua orang pencuri itu telah ditangkap. (SALAH)
Kedua-dua orang pencuri itu telah ditangkap. (BETUL)
Penggunaan kata bilangan dengan penjodoh bilangan
Kata bilangan tidak tentu tidak perlu disertakan penjodoh bilangan kecuali beberapa.
Contoh ayat:
a) Tiap-tiap orang peserta bengkel perlu menyatakan pendapat. (SALAH)
Tiap-tiap peserta bengkel perlu menyatakan pendapat. (BETUL).
👍🏻
ReplyDelete