Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

Kata Ganti Nama Tak Tentu

1. Kata ganti nama tak tentu ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan sesuatu yang tidak tentu (tidak pasti) atau umum sifatnya.

2. Kata ganti nama tak tentu boleh digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, benda, tempat, waktu dan perkara.

3. Contoh kata ganti nama tak tentu ialah apa-apa, mana-mana, siapa-siapa (sesiapa) dan bila-bila.

Contoh :

Kata Ganti Nama

Tak Tentu

Penggunaanya

apa-apa

benda atau perkara yang tidak tentu atau umum sifatnya.

mana-mana

benda atau tempat yang tidak tentu atau umum.

siapa-siapa (sesiapa)

manusia (orang) yang tidak tentu atau umum sifatnya.

bila-bila

masa atau waktu yang tidak tentu.


Contoh ayat:

(a) Bawalah ke sini apa-apa yang ada di atas meja itu.

(b) Buatlah apa-apa yang berfaedah semasa cuti sekolah begini.

(c) Mana-mana yang berat, kita angkat bersama.

(d) Kami tidak pergi ke mana-mana semalam, hanya duduk-duduk di rumah.

(e) Sesiapa yang berminat boleh menghadiri ceramah yang diadakan oleh Datuk Dr. Harun Din.

(f) Polis sedang menyiasat siapa-siapa yang disyaki dalam kes pembunuhan itu.

(g) Kita akan mendarat pada bila-bila masa sahaja sekarang.

(h) Perlawanan itu akan ditamatkan pada bila-bila masa sahaja.


1 comment: