Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

KARANGAN JENIS UCAPAN,SYARAHAN, DAN CERAMAH
PANDUAN MENULIS
1. Karangan ini disampaikan dalam sesuatu majlis atau situasi.
2. Isi dan fakta mestilah logik, tepat dan menyakinkan.
3. Menggunakan bahasa baku, mudah difahami, padat, tegas dan berkesan.
4. Pelajar digalakkan memasukkan kata-kata hikmat atau peri bahasa.
5. Isi karangan harus memberi penerangan dan penjelasan.
6. Penulisan ucapan,syarahan dan ceramah mempunyai format khusus.
7. Pelajar perlu menyebut kata sapaan sekurang-kurangnya sekali untuk mewujudkan suasana berucap, bersyarah atau berceramah.
8. Pengucapan mestilah menarik agar pendengar tidak berasa jemu mendengarnya.
9. Pengucapan mestilah dengan kata alu-aluan. Alu-aluan dimulakan dengan Pengerusi Majlis, orang yang tinggi kedudukannya dan hadirin sekalian (mengikut protokol).
10. Ucapan dan ceramah disampaikan dikhalayak ramai.
11. Syarahan biasanya digunakan dalam situasi pertandingan.
12. Isi karangan jenis syarahan boleh ditulis seperti karangan jenis fakta, rencana, ulasan, perbincangan dan perbahasan.
13. Ceramah pula mempunyai tujuan khusus dan penceramahnya mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.
14. Isi ceramah mengandungi pendapat, cadangan dan nasihat.Isi ceramah juga meminta hadirin berfikir dan memberi penyelesaian terhadap persoalan yang dikemukakan.
15. Akhiri ucapan, syarahan dan ceramah dengan ucapan terima kasih.
Soalan: Sekolah anda telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu. Selaku Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, anda telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Tuliskan ucapan itu selengkapnya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua, barisan penolong kanan dan guru-guru kanan, yang dikasihi guru-guru, dan seterusnya rakan pelajar yang saya hormati sekalian. 
 
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk berucap dalam majlis pelancaran Minggu Bahasa Melayu kali pertama bagi tahun 2004 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari.
 
Rakan-rakan yang dikasihi,
Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda atau Bahasa Kebangsaan bagi negara kita.Kerajaan ingin memertabatkan bahasa ibunda negara seiring dengan pembangunan yang dialami negara sekarang.Selaras dengan matlamat kerajaan, pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan Minggu Bahasa Melayu. 
 
Minggu Bahasa Melayu ini diadakan sekali dalam sepenggal persekolahan.Sepanjang minggu ini para pelajar dikehendaki bertutur dalam bahasa Melayu..Buku-buku cerita yang dipinjam dari perpustakaan atau asrama hendaklah dalam bahasa Melayu.Jika didapati ada pelajar yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan ini, pelajar itu akan didenda.
 
Hadiri ayang saya hormatai,
Tujuan sebenar program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua pelajar agar bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa ibunda kita.Langkah ini merupakan salah satu cara untuk kita pamerkan bahawa kita sememangnya mencintai negara Malaysia. 
 
Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum di sekolah ini. Saban hari kita mendengar pelajar Melayu bertutur dalam bahasa Melayu,pelajar Cina bertutur dalam bahasa Cina manakala pelajar India dengan bahasa Tamil .Perbezaan bahasa ini boleh dianggap sebagai dinding penghalang yang menyukarkan kita untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Jadi, Minggu Bahasa Melayu ini dapat memainkan peranan ke arah memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita.
 
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Minggu Bahasa Melayu memberi banyak faaedah kepada kita. Salah satu faedahnya ialah dapat meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Para pelajar dapat menguatkan penguasaan bahasa Melayu melalui perbendaharaan kata. Melalui buku-buku yang dibaca, sedikit sebanyak dapat membantu pelaja-pelajar dalam penulisan kita khususnya mata pelajaran bahasa Melayu. 
 
Program yang dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu ini turut menyediakan beberapa aktiviti sempena Minggu Bahasa Melayu ini.Semua pelajar akan terlibat dalam program ini. Antara aktiviti yang disediakan ialah pertandingan syair, pidato, sajak, kuiz, pantun, dan banyak lagi.
 
Hadirin yang saya hormati,
Saya berharap Minggu Bahasa Melayu ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Semuga impian sekolah ingin melihat pelajarnya cekap berbahasa Melayu tercapai. Saya akhiri ucapan ini dengan selogan “Cintailah Bahasa Kita”. 
 
Sekian, terima kasih.

5 comments:

  1. assalamualaikum cikgu. minta salin karangan ini ya. saya nak siapkan tugasan yang diberi oleh guru iaitu menyalin karangan2 cemerlang.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum cikgu, mohon salin karngan cikgu boleh ?
    saya perlu menyiapkan salinan contoh karangan dr pelbagai sumber.. mohon salin cikgu ><

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum cikgu, mohon salin karngan cikgu boleh ?
    saya perlu menyiapkan salinan contoh karangan dr pelbagai sumber.. mohon salin cikgu ><

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete