Penggunaan di dan pada
Kata di ialah kata sendi naman yang digunakan untuk menunjukkan tempat.Kata sendi nama pada ialah kata yang digunakan untuk merujuk manusia, benda,binatang, dan masa.
Contoh ayat:
a) Gelas itu terletak pada atas rak. (SALAH)
Gelas itu terletak di atas rak. (BETUL)
b) Ayah pulang dari kebun di waktu petang. (SALAH)
ayah pulang dari kebun pada waktu petang. (BETUL)
Penggunaan dari dan daripada
Kata sendi dari digunakan untuk menunjukkan masa dan tempat.Kata daripada ialah kata sendi nama yang digunakan untuk merujuk manusia,perbandingan,asal-usul,benda abstrak, dan keanggotaan.
Contoh ayat:
a) Abang ke rumah kawannya sejak daripada pagi tadi. (SALAH)
Abang ke rumah kawannya sejak dari pagi tadi. (BETUL)
b) Dia berasal daripada Kuala Kangsar. (SALAH)
Dia berasal dari Kuala Kangsar. (BETUL)
c) Hadi ini dari ibu. (SALAH)
Hadiah ini daripada ibu. (BETUL)
d) Baju ini diperbuat dari sutera. (SALAH)
Baju ini diperbuat daripada sutera (BETUL)
e) Buku ini lebih tebal dari buku saya. (SALAH)
Buku ini lebih tebal daripada buku saya. (BETUL)
f) Dari perbialan itu, saya dapat tahu sikapnya. (SALAH)
Daripada perbualan itu, saya dapat tahu sikapnya. (BETUL)
g) Hanya seorang wakil dari ibu bapa hadir dalam mesyuarat itu. (SALAH)
Hanya seorang daripada wakil ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat itu. (BETUL)
Penggunaan ke dan kepada
Kata sendi nama ke digunakan untuk menunjukkan tempat, masa, dan benda konkrit yang tidak bernyawa.Kata kepada ialah kata sendi nama yang digunakan untuk benda-benda yang bernyawa dan abstrak.
Contoh ayat:
a) Pengunguman banjir itu disampaikan dari semasa kepada semasa. (SALAH)
Pengunguman banjir itu disampaikan dari semasa ke semasa. (BETUL)
b) Dia hendak mengirimkan wang ke ibunya di kampung. (SALAH)
Dia hendak mengirimkan wang kepada ibunya di kampung. (BETUL)
Penggunaan untuk dan bagi
Kata sendi nama untuk digunakan untuk merujuk kepada sesustu yang ditentukan. Dalam keadaan ini kata untuk tidak boleh diganti denmgan bagi.
Contoh ayat:
a) Bunga itu dihadiahkan khas bagi ibu. (SALAH)
Bunga itu dihadiahkan khas untuk ibu. (BETUL)
Penggunaan tentang dan mengenai
Kata sendi nama tentang digunakan untuk merujuk kepada hal yang dibicarakan.Oleh sebab itu kata tentang tidak boleh diganti dengan mengenai. Kata mengenai membawa maksud terkena pada sesuatu.
Contoh ayat:
a) Mereka berbincang mengenai isu semasa. (SALAH)
Mereka berbincang tentang isu semasa. (BETUL)
Penggunaan dalam dan di dalam
Kata sendi dalam digunakan untuk merujuk kepada tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.Kata di dalam pula merujuk tempat yang ada ruang atau jarak. Kata dalam tidak boleh digantikan dengan di dalam.
Contoh ayat:
a) Mereka tidak sependapat di dalam hal itu. (SALAH)
Mereka tidak sependapat dalam hal itu. (BETUL)
Penggunaan antara dan di antara
Kata sendi nama antara digunakan untuk merujuk tempat yang tiada ruang atau jarak.Kata antara tidak boleh digantikan dengan di antara.
Contoh ayat:
a) Persetujuan telah dicapai di antara kedua-dua pihak. (SALAH)
Persetujuan telah dicapai antara kedua-dua pihak. (BETUL)
Nice lah cikgu . Saya masih guna blog cikgu walaupun dah masuk universiti
ReplyDeletethanks for the one who write this blog
ReplyDeleteSays menjalani peperiksaan esok hari ahad 28/10/2018
ReplyDeleteTerima kasih sangat!! Terasa tenang sikit sebab nak dekat dah percubaan Pt3.
ReplyDelete