Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

Kata Tanya

1. Kata ganti nama tanya ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk sesuatu, iaitu manusia, haiwan, tempat, benda atau perkara dalam bentuk ayat tanya.

2. Ada tiga kata ganti nama tanya yang biasa digunakan, iaitu apa, siapa dan mana.

Contoh:

Kata Ganti Nama Tanya

Penggunaannya

apa

benda, haiwan, perkara

siapa

manusia

mana

manusia, haiwan, tempat, benda

Contoh Ayat :

(a) Kucing apa yang dia bawa itu? (haiwan)

(b) Di dalam beg Basir ada apa? (benda)

(c) Cikgu Salim mengajar kita apa? (perkara)

(d) Gadis yang berbaju merah itu siapa? (manusia)

(e) Siapakah nama adik awak? (manusia)

(f) Lelaki mana yang awak maksudkan? (manusia)

(g) Lembu mana yang Pak Ali jual? (haiwan)

(h) Mereka tinggal di mana? (tempat)

(i) Buku mana yang Cikgu Shahril suruh bawa esok? (benda)

No comments:

Post a Comment