- Dalam karangan jenis ini, pelajar dikehendaki mengemukakan fakta yang benar, logik dan mengikut kehendak soalan.
- Pengetahuan yang luas membantu pelajar menulis karangan jenis ini dengan lancar dan sempurna.
- Soalan yang dikemukakan biasanya berkisar kepada isu-isu semasa, peranan pertubuhan, faedah sesuatu kegiatan dan sebagainya.
- Setiap isi pokok harus diikuti dengan hurauan dan contoh atau bukti.
- Bahasa yang digunakan hendaklah jelas, tepat, padat, dan mudah difahami.
- Karangan jenis ini tidak ada format yang khusus, namun mestilah ada pendahuluan, isi-isi mengikut urutan dan penutup.
Contoh Karangan Fakta
Soalan: Hasil kajian dan penyelidikan ahli-ahli sains menunjukkan bahawa suhu di bumi semakin panas. Tuliskan sebuah karangan tentang perkara ini.
Menurut kajian dan penyelidikan ahli-ahli sains, suhu di bumi semakin hari semakin meningkat.Baru-baru ini mereka melaporkan bahawa suhu di bumi pada keseluruhannya meningkat sebanyak 2 darjah celcius . Kepanasan ini lebih terasa pada waktu tengah hari.
Punca utama yang menyebabkan kenaikan suhu ini ialah penebangan dan pemusnahan hutan yang semakin berleluasa. Sebagai pelindung bumi daripada pancaran terik cahaya matahari dan penyerap haba, hutan tidak dapat lagi memainkan peranannya.
Lapisan ozon yang semakin nipis juga menyebabkan cahaya matahari terus terpancar ke bumi dengan kadar yang lebih panas.Lapisan ozon ini menjadi nipis kerana udara yang semakin tercemar dan penggunaan gas kloroflorokarbon oleh industri-industri kimia.Pencemaran juga juga menyebabkan udara menjadi bertambah kotor dan tepu untuk menampung dan memindahkan haba.
Kesan daripada suhu yang semakin panas ini, kehidupan di bumi menjadi semakin tidak selesa. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan semakin pupus.Manusia semakin banyak berhadapan dengan pelbagai penyakit, misalnya penyakit barah kulit akibat sinaran ultraungu. Peningkatan aras laut dikhuatiri akan menyebabkan sebahagian besar bumi akan ditenggelami air suatu masa nanti.Kenaikan aras laut ini disebabkan pencairan ais di kawasan kutub yang berpunca daripada peningkatan suhu dunia.
Sebagai langkah mengawal peningkatan suhu ini, penebangan dan penerokaan hutan hendaklah dikawal. Pihak yang berwajib hendaklah mengawal industri-industri yang boleh mencemarkan alam sekitar. Penggunaan gas kloroflurokarban haruslah disekat dan digantikan dengan bahan yang lebih mesra alam.
Kesimpulannya, fenomena peningkatan suhu global ini berpunca daripada manusia sendiri. Oleh itu, langkah kawalan perlu diambil segera supaya keadaan tidak bertambah serius.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete