Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

Karangan Jenis Wawancara


  1. pelajar perlu mempunyai pengetahuan yang luas untuk menulis karangan jenis ini kerana soalan jenis ini adalah lebih ilmiah dibandingkan dengan soalan dialog.
  2. Soalan yang dikemukakan perlu berkaitan dengan pengalaman atau pandangan seseorang tokoh.
  3. Penulisan karangan wawancara biasanya melibatkan dua pihak.
  4. Pendahuluan karangan jenis ini harus menyatakan tujuan dan tafsiran terhadap tajuk.
  5. Pembukaannya harus dimulakan dengan sopan dan bertatasusila.
  6. Pelajar haruslah mewujudkan suasana wawancara yang selesa.
  7. Soalan yang dikemukan haruslah padat dan tepat serta tidak boleh meleret-leret.
  8. Jawapan kepada soalan yang dikemukakan haruslah lebih panjang huraiannya daripada soalan.
  9. Wawancara hendaklah diakhiri dengan ucapan terima kasih.
Penulisan karangan jenis wawancara berdasarkan format yang khusus.

No comments:

Post a Comment