Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Wednesday, January 26, 2011

Contoh Jawapan Komsas 5

LATAR

(MASA/TEMPAT/MASYARAKAT)

Huraikan tiga latar tempat beserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan itu.

Novel yang saya kaji ialah Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari. Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Kampung Sega yang terletak di Daerah Kuala Sawah, Rantau. Di sini terdapat sebuah pondok, iaitu Sekolah Pengajuan Pondok Kampung Sega. Hassan belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun.

Latar tempat yang kedua ialah Ladang Getah Waterfall. Di sini Kapten Hassan bertempur dengan komunis yang merancang mengagalkan sambutan kemerdekaan.

Batu 8, Jalan Jelebu juga merupakan latar tempat yang terdapat dalam novel ini. Di sini telah berlaku pembunuhan terhadap keluarga Hassan oleh Kumpulan Bintang Tiga.

No comments:

Post a Comment