Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Wednesday, January 26, 2011

Contoh Jawapan Komsas 9

Berdasarkan novel tingkatan 2 dan tingkatan 3, huraikan persamaan dari segi tema dan persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.

Dua buah novel yang saya pilih ialah novel Kapten Hassan Wira Bangsa dan novel Merdeka! Mereka!. Dalam novel tersebut terdapat persamaan dari segi tema dan persoalan.

Novel-novel ini memaparkan tema tentang semangat perjuangan orang-orang Melayu menentang musuh negara.

Kedua-dua novel ini juga mempunyai persamaan dari segi persoalan iaitu semangat cinta akan tanah air. Berdasarkan novel Merdeka! Merdeka1, Pak Awang sanggup berhenti kerja dengan Tuan White sebagai kerani rendah hanya kerana tidak mahu menjadi tali barut Inggeris. Manakala dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa, Hassan sanggup menyertai angkatan tentera demi mempertahankan tanah air daripada dikuasai oleh Bintang Tiga.

Seterusnya, persoalan yang kedua ialah tentang keberanian menentang musuh negara. Dalam novel Merdeka! Merdeka!, Kudin dan rakan-rakannya berani menentang pengganas komunis walaupun mereka tidak mempunyai senjata yang mencukupi. Kudin pula pada ketika itu baru berusia 15 tahun.

No comments:

Post a Comment