Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Wednesday, January 26, 2011

Contoh Jawapan Komsas 10

Persoalan merupakan tema sampingan yang hendak disampaikan oleh pengarang.Berdasarkan novel yang anda pelajari,berikan tiga persoalan .

Novel yang telah saya kaji semasa di tingkatan tiga ialah novel Merdeka! Merdeka! hasil karya A.Rahman Hanafiah.

Persoalan yang terdapat didalam novel ini adalah sikap berani menentang keganasan dan penjajahan.Hal ini,dapat dilihat semasa Kudin,Datuk Onn dan seluruh rakyat Tanah Melayu menentang Malayan Union.

Selain itu, mempertahankan maruah bangsa dan negara juga merupakan salah satu persoalan yang terdapat di dalam novel ini.Hal ini dapat dibuktikan melalui semangat penduduk Tanah Melayu bangun menentang penjajahan Inggeris.

Satu lagi persoalan dalam novel ini ialah penjajahan hanya mendatangkan kesusahan kepada rakyat.Perkara ini dapat dibuktikan dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk Tanah Melayu semasa penjajahan Inggeris.

No comments:

Post a Comment