Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

KARANGAN JENIS ULASAN
Contoh Karangan Ulasan
Tajuk : Sempena Minggu Bahasa Melayu di sekolah anda, satu pertandingan menulis ulasan novel akan diadakan. Anda berminat untuk menyertai peradian tersebut. Tuliskan ulasan anda selengkapnya.
Tajuk novel : Ranjau Sepanjang Jalan
Penulis : Shahnon Ahmad
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Tebal : 255 halaman
Harga : RM7.00
Pengulas : Ainaa Badliyana Ahamad

Shahnon Ahmad merupakan salah seorang tokoh Sasterawan Negara. Ketokohan beliau terserlah dalam bidang penulisan novel. Antara novel beliau ialah Ranjau Sepanjang Jalan. Novel ini telahpun difilemkan dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris. Shahnon juga telah menulis novel Rentung, Tunggul-Tunggul Gerigis dan lain-lain lagi.

Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan  kehidupan keluarga Lahuma dan Jeha yang hidup dalam kemiskinan. Sebagai keluarga yang miskin dan bergantung hidup pada penanaman padi, Lahuma dan Jeha mengharung hidup yang penuh cabaran. Apabila Lahuma mati akibat bisa duri nibung yang dipijaknya semasa mengerjakan sawah, Jeha terpaksa meneruskan perjuangan menyara keluarga bersama anak-anak perempuannya.

Kelebihan Shahnon Ahmad ialah penggunaan bahasanya yang ringkas tetapi padat. Walupun beliau menggunakan perkataan-perkataan yang biasanya oleh orang-orang lain, namun perkataan-perkataan itu dapat menjelaskankan apa yang mahu disampaikannya. Justeru, pembaca akan diberi gambaran yang jelas tentang peristiwa dalam novel tersebut. Shahnon juga gemar menggunakan dialek Kedah dan bahasa daerah tetapi tidak keterlaluan.

Teknik penggunaan watak begitu jelas dan berkesan. Pembaca berasa peristiwa itu benar-benar berlaku, bukannya daripada cetusan idea pengarang.Watak yang dipamerkan seolah-olah memaparkan perwatakan manusia sebenar dalam sesebuah masyarakat.

Melalui novelnya Shahnon membawa pengajaran tentang kegigihan hidup kaum petani di daerah pedalaman Sik. Watak Jeha patut dicontohi oleh kaum wanita di kampung. Novel ini juga memberi pengajaran kepada pihak yang berkuasa bahawa kerendahan teknologi pertanian menjadi punca kemiskinan rakyat terutama para petani.

Jelaslah bahawa novel Ranjau Sepanjang Jalan karaya Dato’ Shahnon Ahmad merupakan novel yang bermutu. Novel ini mempunyai kekuatan tersendiri walaupun isu kemiskinan kurang sesuai dengan zaman pembangunan negara. Shahnon boleh dianggap novelis unggul Melayu.

3 comments:

  1. cikgu, kalau ulasan mengenai langkah-langkah@ usaha-usaha. Macam mana nk buat?

    ReplyDelete
  2. Erm kalau buat macam karangan biasa jea macam mane cikgu T.T

    ReplyDelete