Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Wednesday, January 26, 2011

Contoh jawapan Komsas 6

Huraikan latar tempat bersama peristiwa dalam ketiga-tiga novel yang telah anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah Aku Anak Timur. karya Siti Aminah Hj Yusuf, Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari dan Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Aku Anak Timur ialah Universiti Leiden yang terletak di Belanda.. Universiti tersebut merupakan tempat bertugas En. Ali iaitu ayah Zarina.

Sementara itu, dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa pula, latar tempatnya ialah Kampung Sega yang terletak di daerah Kuala Sawah, Rantau. Di sini terdapat sebuah sekolah pondok, iaitu Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega di mana Hassan pernah belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun.

Selain itu, dalam novel Merdeka! Merdeka! pula latar tempatnya ialah Kampung Teras Jernang. Kudin dan rakan-rakannya berjuang mati-matian menentang ancaman pengganas komunis di kampong ini.

No comments:

Post a Comment