1. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan penyambut atau objek. Penyambut atau objek yang dimaksudkan ialah kata nama yang menerima akibat kata kerja itu.
Contoh ayat: (a) Adik menangis. (b) Pokok rambutan itu sedang berbuah. (c) Anak kecil itu sedang tidur di dalam bilik. (d) Ayam jantan itu asyik berkokok. |
2. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk, iaitu bentuk tunggal, berawalan dan berapitan.
3. Bentuk-bentuk tersebut jika diperincikan adalah seperti berikut:
Bentuk | KKTT | Contoh Ayat |
tunggal |
mandi gugur runtuh
| (a) Nenek sedang mandi di perigi. (b) Buah durian itu belum gugur. (c) Bukit itu runtuh pada pagi semalam. |
berawalan beR- |
berehat bergurau berbaring bersolek
| (a) Mereka berehat di bawah pokok. (b) Salleh suka bergurau dengan adiknya. (c) Ayah berbaring di atas tikar. (d) Mary bersolek di dalam biliknya. |
berawalan meN- |
melecur membiak menyanyi mendarat
| (a) Jari budak itu melecur kerana terkena bara api. (b) Kulat membiak di tempat yang lembap. (c) Aini menyanyi sambil menari. (d) Kapal terbang itu sedang mendarat. |
berawalan teR- |
terhumban tersorok tersenyum
| (a) Lori itu terhumban ke dalam sungai. (b) Bukunya tersorok di dalam almari. (c) Zamri tersenyum kepada Nabila |
berapitan ber-...-an
|
berguguran berkibaran bertaburan berpandangan
|
(a) Dedaun kering itu berguguran ditiup angin. (b) Bendera sekolah berkibaran di puncak tiang. (c) Padi-padi itu bertaburan kerana dikais ayam. (d) Mereka terkejut dan saling berpandangan setelah mendengar bunyi yang ganjil itu.
|
4. Terdapat kata kerja tak transitif yang berpelengkap, iaitu kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
Contoh ayat:
(a) Kami tinggal di Pasir Kemudi sejak dua tahun yang lalu.
(b) Kita mestilah berbuat baik kepada orang lain.
(c) Abang saya menjadi peguam setelah menamatkan pengajiannya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteberansur
ReplyDeleteHai
DeleteHai
ReplyDeleteAda perkataan Yang lain tak
ReplyDeleteIaiauaiwiwiiwiwiaiwiwjwjwhwhwhwuuwhshsjsjsjsjsjsjsjsjjsjsheuwuw8w8wiwiwijwjwhwjsjshsjsjjsjsjwiwjwkwkwjskkwksjwjwjwjwjbwjwnwnwhwhjwowkwjwjwojwhwhwjwhhshjsksjsbbssbsbsnsnbsbsbwnwnbwbwbabsbsjns
ReplyDeletehem
ReplyDelete