Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

KARANGAN JENIS PENDAPAT/PERBINCANGAN

  1. Karangan jenis ini memerlukan pengetahuan yang luas dan kemahiran berhujah tentang sesustu topic.
  2. Hujah-hujah yang dikemukakan hendaklah logic, matang dan bernas.
  3. Pastikan sama ada pelajar dikehendaki memberikan hujah-hujah satu pihak sahaja atau daripada kedua-dua pihak. Penetapan pelajar itu hendaklah bergantung kepada kehendak soalan. Contoh-contoh soalan seperti berikut:

i. Amalan berjimat cermat amat digalakkan. Beri pendapat anda tentang faedah berjimat-cermat.

Untuk soalan ini, anda perlu memberikan hujah-hujah daripada satu pihak sahaja iaitu hujah yang menyokong pendapat tersebut.

ii. Isu persekolahan satu sesi sering dibincangkan. Nyatakan pendapat anda tentang baik buruknya sistem persekolahan satu sesi.

Bagi seolan ini, anda dikehendaki memberi hujah daripada kedua-dua pihak.

iii. Pengiklanan lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan.

Untuk soalan ini,anda boleh mengemukakan hujah-hujah sama ada:

a) Membincangkan kebaikan iklan atau;

b) Membincangkan keburukan iklan atau;

c) Membincangkan kebaikan dan keburukannya sekali.

  1. Pelajar haruslah berpendirian tegas tentang apa yang dibincangkan.
  2. Akhir sekali nilaikan hujah mana yang lebih mantap. Penilaian dibuat dalam penutup karangan anda
  3. Gunakan gaya bahasa yang betul, ringkas, padat dan tepat.
  4. Pelajar hendaklah bersikap rasional dan tidak menimbulkan isu-isu sensitif.

Contoh Karangan Pendapat

Soalan: Program Rakan Muda dapat melahirkan belia yang berdaya maju. Berikan pendapat anda tentang pandangan ini.

“Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok”. Oleh itu, belia harus melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan pengalaman dalam usaha mereka untuk menjadi belia yang berdaya maju dalam pelbagai bidang. Program Rakan Muda yang dilancarkan pada tahun 1994 oleh Menteri Belia dan Sukan pada masa itu Yang Berhormat Datuk Haji Abd Ghani bin Othman mempunyai sepuluh program yang memanfaatkan para belia. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa Program Rakan Muda dapat melahirkan belia yang berdaya maju.

Program Rakan Muda seperti Program Kreativiti dan Reka Cipta, Program Rakan Seni Budaya memberi kemahiran kepada para belia dalam aspik pertukangan, jahitan dan rekaan fesyen pakaian, gubahan, hiasan dan landskap. Program-program tersebut melahirkan belia yang berdikari, menggunakan kemahiran mereka untuk memperoleh pendapatan yang memuaskan dan seterusnya melahirkan belia yang berdaya maju. Mereka maju ke hadapan berbanding dengan belia yang tidak menyertai Program Rakan Muda ini.

Menerusi Rakan Sukan, Rakan Kecerdasan dan Rakan Paramedil pula, para belia dapat memperoleh kemahiran dalam penjagaan kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.Kesihatan merupakan asset yang amat yang penting kepada setiap insane.Menyedari hakikat ini, para belia sepatutnya mengambil kesempatan menjadi ahli persatuan belia dan menyertai program-program yang dianjurkan. “Badan cergas minda cerdas” akan menjadi kenyataan apabila kita mengamalkan gaya hidup sihat. Belia yang sihat mental dan fizikal menjadi teras kepada pembangunan Negara.

Kejujuran, keimanan dan ketakwaan juga dapat disemai di kalangan para belia melalui Program Rakan Muda Waja Diri dan Rakan Masjid. Kini kita dapati ramai belia pergi ke masjid menunaikan solat berjamaah, menganjurkan ceramah-ceramah agama, mengadakan kelas Al-Quran dan kelas fardhu ain. Apabila mereka sering menghadiri majlis-majlis seumpama itu, mereka akan menjadi insan yang beriman, bertakwa dan bertanggungjawab. Mereka yang mempunyai daya ketahanan diri akan berusaha dan bersabar mengejar kemajuan dan kegemilangan dalam usaha menvapai kecermalangan hidup, seterusnya melahirkan masyarakat madani.

Kesimpulannya program Rakan Muda memang banyak membantu para belia kearah melahirkan belia yang berdaya saing dan mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang. Kita berharap agar para belia akan menjadi pemimpin yang berdaya maju dan cemerlang pada alaf baru, serta dapat merealisasikan Wawasan 2020.

CONTOH 2

Arus pemodenan sesebuah bandar bukan saja mendatangkan kemajuan kepada corak kehidupan masyarakat malah mewujudkan gejala yang buruk seperti kawasan setinggan. Bincangkan masalah-masalah yang wujud di kawasan ini. Selain itu, berikan pendapat anda untuk mengurangkan masalah ini.



Contoh jawapan:

Kehidupan di kawasan setinggan penuh dengan masalah. Yang paling utama ialah ketiadaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, tandas, sistem perparitan atau longkang yang sempurna, tempat pembuangan sampah, dan sebagainya. Sebagai akibatnya, mereka terpaksa berkongsi bekalan air paip yang terhad atau menggunakan air perigi yang digali untuk urusan sehari-hari serta menggunakan generator atau lampu gasolin sebagai ganti elektrik. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan mereka mudah terdedah kepada bahaya penyakit yang berjangkit. Ketiadaan tempat pembuangan sampah yang sempurna menyebabkan kawasan setinggan ini terkenal sebagai suatu kawasan perumahan yang kotor. Gejala ini merupakan salah satu punca tersebarnya penyakit yang berbahaya. Selain itu, kedudukan rumah-rumah setinggan yang agak rapat di anrtara satu dengan yang lain itu bukan saja membahayakan kesihatan para penghuninya malah memudahkan api merebak jika berlaku sesuatu kebakaran. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa keadaan di kawasan setinggan ini mengancam kesihatan dan nyawa penduduk-penduduknya.

Bagi mengatasi masalah ini, semua pihak yang terlibat perlu mengambil tindakan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat setinggan yang menghuni pinggir kota ini. Sebagai langkah permulaan, keadaan persekitaran kawasan setinggan perlulah diperbaiki. Hal ini termasuklah memberikan bekalan air bersih, bekalan elektrik, tandas, serta sistem perparitan yang lebih sempurna. Kemudahan-kemudahan lain yang perlu disediakan ialah seperti kemudahan jalan dan jambatan, lampu jalan, dan pusat-pusat kesihatan. Perhatian yang serius perlu diberikan terhadap pelajar yang tinggal di kawasan seperti ini. Kelas-kelas bimbingan agama dan kelas-kelas bimbingan pelajaran harus ditubuhkan juga. Sementara itu, ibu bapa perlu diberi kesedaran tentang kepentingan pelajaran anak-anak mereka. Untuk itu pihak kerajaan tempatan perlu menganjurkan ceramah-ceramah motivasi untuk mnyedarkan masyarakat di kawasan ini agar berusaha meningkatkan taraf kehidupan mereka untuk kepentingan keluarga mereka sendiri. Melalui tunjuk ajar dan nasihat ini, diharapkan agar masyarakat setinggan akan dapat hidup dengan lebih sempurna.

(Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlulah membina lebih banyak rumah kos rendah bagi menampung bilangan penduduk setinggan yang besar jumlahnya. Namun demikian, pihak kerajaan harus juga memastikan bahawa rumah-rumah kos rendah yang dibina itu diuntukkan bagi masyarakat di kawasan tersebut dan bukan untuk individu-individu yang hanya mementingkan keuntungan. Rumah-rumah yang dibina itu mestilah juga sesuai dengan taraf pendapatan mereka. Dengan itu, kehidupan masyarakat setinggan akan dapat ditingkatkan selaras dengan kemajuan yang dinikmati oleh rakyat

3 comments:

  1. mungkin saya tahu apa itu karangan rangka untuk contoh kedua? terima kasih

    ReplyDelete
  2. Sy nak tanya kalau esei umum boleh ke pakai 'aku' and make it story?

    ReplyDelete