Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

Karangan Jenis Laporan

  1. Karangan jenis laporan disediakan untuk melaporkan sesuatu peristiwa, hal, perkara, atau kejadian yang telah berlaku.
  2. Lazimnya, laporan disediakan oleh setiausaha tetapi kadang-kala disediakan oleh pengerusi, bendahari, atau ahli jawatankuasa persatuan (mengikut kehendak seolan).
  3. Karangan jenis laporan mempunyai format khusus.
  4. Terdapat empat jenis laporan:

4.1 : Laporan persatuan, kelab dan pertubuhan.

4.2 : Laporan kursus, seminar, bingkil atau pameran.

4.3 : Laporan pengalaman menyertai pelbagai aktiviti samaada secara individu atau rombongan.

4.4 : Laporan tragidi atau peristiwa yang pernah disaksikan.

  1. Untuk karangan laporan aktiviti persatuan, pelajar dikehendaki menyatakan senarai ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, ahli, laporan sepanjang tahun, dan haran setiausaha.
  2. Laporan perlu ada tajuk. Tajuk ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata. Masukkan juga tarikh, tempat, tandatangan, nama pelapor (huruf besar ) dan jawatan pelapor.
  3. Gunakan gaya bahasa yang betul, ringkas, padat, dan tepat.
  4. Pastikan pelajar benar-benar mengetahui perkara yang hendak dilaporkan itu. Isi laporan perlu menjawab soalan-soalan apa, siapa, bila, bagaimana, dan mengapa.
Laporan mestilah berdasarkan kenyataan yang logik.

Contoh Laporan

Soalan : Satu pertandingan mendayung perahu telah diadakan di daerah anda. Anda selaku setiausaha dikehendaki menulis laporan tentang pertandingan tersebut untuk diserahkan kepada pihak tertentu. Tulis laporan itu selengkapnya.

Laporan Pertandingan Mendayung Perahu Kawasan Pengairan Muda

Pada hari Sabtu, 19 Januari 1999, satu pertandingan mendayung perahu telah diadakan di Sungai Tunjang dalan kawasan pengairan Muda.Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Doktor Sulaiman bin Daud, Menteri Pertanian Malaysia.

Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Yanga Amat BerhormatDatuk Syed Razak bin Syed Zain, Menteri Besar Kedah,ADUN Ayer Hitam, Yang Berhormat Encik Abdul Rahman bin Ariffin serta Yang Berbahagia Datuk Syed Azizan Al-Idrus, pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menggalakkan penduduk di kawasan MADA, khususnya petani-petani di kawasan berhampiran sungai supaya mempunyai kemahiran mendayung perahu dan menjadikan aktiviti ini sebagai sukan air yang menarik.Pertandingan ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk di kawasan MADA dengan kakitangan MADA.

Keempat-empat daerah di kawasan MADA, iaitu Daerah Satu (Perlia),Daerah Dua (Kubang Pasu), Daerah Tiga (Pendang), dan Daerah Empat (Kota Sarang Semut) mengambil bahagaian dalam pertandingan ini.Setiap pasukan terdiri adaripada 12 orang pendayung. Mereka dikehendaki mendayung perahu sejauh satu kilometer, dari Titi Batu Parit Tunjang ke pintu kawalan hujung saliran (pintu pasang surut) Kuala Tunjang. Setiap peserta diwaajibkan memakai jeket keselamatan.

Pertandingan tersebut dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori kakitangan MADA, kategori petani di kawasan MADA, dan kategori bebas. Pertandingan ini dimulakan pada pukul 8.55 pagi dan tamat pada 10.55 pagi.

Empat piala pusingan yang menjadi rebutan pada hari itu dimenangi oleh MADA Daerah Satu (Perlis), MADA Daerah Dua (Kubang Pasu), MADA Daerah Tiga (Pendang). Johan keseluruhan disandang MADA Daerah Satu (Perlis).

Pasukan yang menjadi jihan menerima hadiah wang tunai RM500.00 dan 100 kilo beras manakala pasukan naik johan menerima RM350.00 dan 70 kilo beras.Hadiah untuk pasukan yang menjadi johan keseluruhan pula ialah lawatan ke Kuala Lumpur dan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Aman, Selangor Daru Ehsan selama 3 hari.

Upacara penyampaian hadian dan cenderamata disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Syed Azizan AL-Idrus, Pengurus Besar MADA.

Pelapor, 20 FEBRUARI, 1999.

………………………………..

(MOHD. ZOHID BIN OMAR)

Setiausaha,

Pertandingan Mendayung Perahu

Kawasan Pengairan Muda.

1 comment:

  1. Sangat membantu saya dalam membuat persediaan mengajar sekaligus dapat memberi contoh kepada murid selain yang terdapat dalam buku teks. Tahniah kerana anda telah membantu mereka yang kurang mahir....

    ReplyDelete