Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

Kata Kerja Transitif

1. Kata kerja transitif memerlukan frasa nama sebagai objek atau penyambut. Dengan perkataan lain, selepas kata kerja transitif mesti terdapat objek (kata nama) yang menerima akibat kata kerja itu.

2. Tanpa objek atau penyambut, ayat yang mempunyai kata kerja transitif tidak lengkap maksudnya.

Contoh ayat:

(a) Ahmad menendang. (menendang apa?)

(b) Ahmad menendang bola. (bola sebagai objek yang ditendang)

3. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu bentuk berawalan dan bentuk berapitan.

4. Perincian bentuk-bentuk tersebut adalah seperti di bawah:

Bentuk

KKT

Objek

Contoh ayat

berawalan meN-

menulis

membasuh

mengambil

surat

kasut

pen

(a) Hairi sedang menulis surat kepada kakaknya.

(b) Osman membasuh kasut di bilik air.

(c) Dia mengambil pen saya.

berawalan mempeR-

memperbesar

memperindah

memperbanyak

jalan

gubahan

tanaman

(a) Orang ramai bergotong-royong memperbesar jalan di kampung mereka.

(b) Gadis itu memperindah gubahan bunganya.

(c) Petani-petani diseru agar memperbanyak tanaman untuk menambahkan hasil.

berapitan

meN-...-kan

menghadiahkan

mengeposkan

menidurkan

buku

surat

adik

(a) Cikgu Azli menghadiahkan buku cerita kepada Hamzah.

(b) Dia mengeposkan surat kakaknya di pejabat pos.

(c) Ibu menidurkan adik di dalam buaian.

berapitan

meN-...-i

membaiki

mengubati

menziarahi

rumah

luka

saudara

(a) Ayah sedang membaiki rumah.

(b) Doktor sedang mengubati luka di kaki Gopalan.

(c) Nenek Aisyah menziarahi saudaranya di Kulim.

berapitan mempeR-...-kan

memperkudakan

memperdengarkan

memperbahaskan

adik

bacaan

isu

(a) Bahrin sering memper-kudakan adiknya.

(b) Qari dari Iraq itu sedang memperdengarkan bacaan Al-Quran.

(c) Guru-guru itu sedang memperbahaskan isu semasa.

berapitan mempeR-...-i

memperingati

mempersuami

kemerdekaan

pemuda

(a) 31 Ogos ialah cuti umum sebagai memperingati kemerdekaan negara.

(b) Gadis itu mempersuami pemuda yang kaya-raya.

5. Terdapat juga kata kerja transitif berapitan meN-...-kan yang mempunyai dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi.

Contoh ayat:

(a) Ayah membelikan abang sebuah basikal.

(Objek tepat ialah abang)

(Objek sipi ialah sebuah basikal)

(b) George membuatkan adiknya secawan air limau.

(Objek tepat ialah adiknya)

(Objek sipi ialah secawan air limau)

No comments:

Post a Comment