Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

Kata Ganti Nama Tempat

1. Kata ganti nama temapt ialah perkara yang digunakan untuk menggantikan nama tempat atau menunjukkan sesuatu tempat.

2. Terdapat tiga kata ganti nama tempat, iaitu sini, sana, dan situ.

3. Sini digunakan untuk merujuk tempat yang dekat dengan penutur, situ merujuk tempat yang agak jauh tetapi mungkin dapat dilihat oleh penutur, dan sana merujuk tempat yang lebih jauh dan mungkin tidak dapat dilihat oleh penutur.

Kata Ganti Nama Tempat

Penggunaanya

Contoh Ayat

sini

dekat

1. Letakkan buku-buku itu di sini.

2. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di sini.

3. Dari sini kita akan berjalan ke tempat perkhemahan.

4. Di sinilah kami makan setiap hari.

situ

agak jauh

1. Letakkan buku-buku itu di situ.

2. Semua pelajar dikehendaki pergi ke situ dengan segera.

3. Dari situ kita akan berjalan ke tempat perkhemahan.

4. Di situlah kami makan setiap hari.

sana

jauh

1. Letakkan buku-buku itu di sana.

2. Semua pelajar dikehendaki pergi ke sana.

3. Dari sana kita akan berjalan ke pangkalan perahu.

4. Di sanalah kami makan setiap hari.

2 comments: