Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Monday, February 7, 2011

2011

Tahun ini mempunyai 4 tanggal aneh: 1-1-11, 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11. Sekarang cuba ini: ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda dicampur dengan umur anda tahun ini.hasilnya pasti =111...nice , Subhanallah !!

Wednesday, January 26, 2011

Contoh Jawapan Komsas 1

Huraikan latar tempat bersama peristiwa dalam ketiga-tiga novel yang telah anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah Aku Anak Timur. karya Siti Aminah Hj Yusuf, Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari dan Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Aku Anak Timur ialah Universiti Leiden yang terletak di Belanda.. Universiti tersebut merupakan tempat bertugas En. Ali iaitu ayah Zarina.

Sementara itu, dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa pula, latar tempatnya ialah Kampung Sega yang terletak di daerah Kuala Sawah, Rantau. Di sini terdapat sebuah sekolah pondok, iaitu Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega di mana Hassan pernah belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun.

Selain itu, dalam novel Merdeka! Merdeka! pula latar tempatnya ialah Kampung Teras Jernang. Kudin dan rakan-rakannya berjuang mati-matian menentang ancaman pengganas komunis di kampung ini.

Contoh Jawapan Komsas 2

Huraikan latar tempat bersama peristiwa dalam ketiga-tiga novel yang telah anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah Aku Anak Timur. karya Siti Aminah Hj Yusuf, Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari dan Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Aku Anak Timur ialah Universiti Leiden yang terletak di Belanda.. Universiti tersebut merupakan tempat bertugas En. Ali iaitu ayah Zarina.

Sementara itu, dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa pula, latar tempatnya ialah Kampung Sega yang terletak di daerah Kuala Sawah, Rantau. Di sini terdapat sebuah sekolah pondok, iaitu Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega di mana Hassan pernah belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun.

Selain itu, dalam novel Merdeka! Merdeka! pula latar tempatnya ialah Kampung Teras Jernang. Kudin dan rakan-rakannya berjuang mati-matian menentang ancaman pengganas komunis di kampong ini.

Contoh Jawapan Komsas 3

Bandingkan latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah ‘Kapten Hassan Wira Bangsa’ karya Harun Johari dan Novel ‘Merdeka! Merdeka!’ karya A. Rahman Hanafiah.

Latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut digambarkan sebagai masyarakat yang berani berjuang menentang komunis. Dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa, Kapten Hassan dengan platun 12 sanggup berjuang menentang pengganas komunis. Manakala dalam novel Merdeka! Merdeka!, Kudin bersama dengan penduduk Kampung Teras Jernang berani bertempur dengan pengganas komunis.

Selain itu, masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut juga hidup bersatu padu dalam menghadapi ancaman pengganas komunis, contohnya dalam novel Kapten Hassan , penduduk bersama-sama menunaikan solat hajat bersama-sama dengan harapan pihak pengganas membebaskan datuk Hassan. Dalam novel !Merdeka! Merdeka! pula, penduduk Kampung Teras Jernang bersama-sama membina kubu pertahanan bagi menghalang ancaman dan serangan komunis.

Latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut ialah masyarakat kampong.. Dalam novel Kapten Hassan, penduduk Kampung Pantai yang majoritinya orang Melayu yang hanya bekerja sendiri. Dalam novel Merdeka! Merdeka pula penduduk Kampug Teras Jernang terdiri daripada orang Melayu juga yang bekerja sebagai pesawah padi

Contoh Jawapan Komsas 4

LATAR

(MASA/TEMPAT/MASYARAKAT)

Huraikan tiga latar tempat beserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan itu.

Novel yang saya kaji ialah Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari. Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Kampung Sega yang terletak di Daerah Kuala Sawah, Rantau. Di sini terdapat sebuah pondok, iaitu Sekolah Pengajuan Pondok Kampung Sega. Hassan belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun.

Latar tempat yang kedua ialah Ladang Getah Waterfall. Di sini Kapten Hassan bertempur dengan komunis yang merancang mengagalkan sambutan kemerdekaan.

Batu 8, Jalan Jelebu juga merupakan latar tempat yang terdapat dalam novel ini. Di sini telah berlaku pembunuhan terhadap keluarga Hassan oleh Kumpulan Bintang Tiga.

Contoh Jawapan Komsas 5