Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

Jenis-Jenis Surat Kiriman Rasmi

a) Surat aduan

b) Surat rayuan

c) Surat pesanan

d) Surat undangan rasmi

e) Surat permohonan

f) Surat edaran/pekeliling

g) Surat ucapan terima kasih

h) Surat tahniah/takziah.

Format Surat Kiriman Rasmi

  1. Surat rasmi ditulis dalam urusan rasmi dan bersifat formal.
  2. Surat rasmi mempunyai format khusus.
  3. Gunakan bahasa baku, ringkas, padat, tepat, dan mudah difahami. Penggunaan bahasa kiasa tidak digalakkan.
  4. Gunakan ejaan dan tanda bacaan yang betul.

FORMAT SURAT RASMI

………(a)………..,

…………………..,

………………….. .

-------------------------------------------------------------------------(b)-----------------------------------------

………(c)………….,

…………………….,

……………………. . ………….(d)………….

………..(e)……,

______________________________________(f)___________________________________

…………………………………………(g)………………………………………………………………………………… .

2. ……………………………………(g)………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

…………………….. .

3. ……………………………………(g)…………………………………………………………

…………………………………………. .

4. ……………………………………(g)…………………………………………………………

……………………………………….. .

…………………………………………(g)………………………………………………………………………………………………………….. .

…………….(h)…………..,

…………….(i)…………..

(…………(j)…………………..)

a. Nama dan Alamat Pengirim

Ditulis di sebelah kiri bahagian atas surat.

b. Garisan Panjang Melintang

Dibuat secara terang selepas menulis alamat pengirim dan melangkaui sebaris.

c. Jawatan dan Alamat Penerima

Ditulis selepasgaris melintang.Barisan akhir alamat penerimahendaklah digaris.

d. Tarikh

Ditulis sebelah kanan surat, sebaris dengan baris akhir alamat penerima.Nama bulan hendaklah berhuruf besar dan dieja sepenuhnya serta dibubuh tanda noktah selepas itu.

e. Panggilan Hormat penerima

Ditulis di bawah alamat penerima selepas melangkaui satu baris. Tanda koma dibubuh selepas panggilan penerima tersebut.

f. Perkara

Ditulis di bawah panggilan hormat penerima selepas melangkaui satu baris dan digaris.Huruf besar digunakan pada setiap awal kata.Jangan bubuh tanda noktah di bahagian akhir ayat.

g. Pemerengganan / Isi

Perenggan pertama dan akhir tidak diberi nombor.Kedua-dua perenggan ini dimulakan di tepi surat. Perenggan kedua dan seterusnya diberi nombor dan dibubuh tanda noktah.Permulaan ayat perenggan ini dijarakkan sedikit dari nombor.

h. Pengakuan Pengirim

Ditulis di sebelah kiri surat selepas melangkaui satu atau dua baris.

i. Tandatangan

Diletakkan di bawah pengakuan pengirim.

j. Nama dan Jawatan Pengirim

Nama ditulis dalam huruf besar sepenuhnya di dalam kurungan.

Nama jawatan ditulis di bawah nama pengirim jika berkenaan.

No comments:

Post a Comment