Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

KARANGAN JENIS BERITA

  1. Karangan jenis berita ditulis untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan yang menarik perhatian dan yang berkaitan keperluan masyarakat.
  2. Karangan jenis ini memerlukan pelajar melaporkan sesuatu perkara atau isu.
  3. Bahan-bahan berita boleh terdiri daripada sukan, kemalangan , hiburan, pembangunan, politik, ekonomi, dan sebagainya .
  4. Untuk menulis karangan jenis berita, pelajar perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
  5. Penulisan berita menggunakan kaedah piramid terbalik (diutamakan bahan yang penting).
  6. Pastikan pelajar benar-benar mengetahui berita yang hendak dituli. Kandungan berita perlu menjawab soalan apa,siapa,bila,mengapa,di mana, dan bagaimana.
    • Apa (Menerangkan peristiwa yang berlaku, menjadi persoalan berita dan memberi maklumat kepada keseluruhan berita).
    • Siapa (nama terlibat perlu dijelaskan dengan lengkap, termasuk gelaran tetapi pelajar tidak perlu menyertakan gelaran untuk keterangan berikutnya dan jika perlu sertakan usia).
    • Bila (tarikh dan masa)
    • Mengapa (sebab-sebab peristiwa berlaku,tetapi jika sebab-sebab belum diketahui, nyatakan “belum diketahui” atau “pihak polis belum mendapat bukti” ).
    • Di mana (tempat kejadian/peristiwa,namun jika nama tempat kurang diketahui umum seperti daerah terpencil, nyatakan nama negeri).
    • Bagaimana (menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya).
  7. Karangan jenis berita mempunyai foramat khusus.
  8. Bagi pendahuluan karangan jenis berita , pelajar perlu nyatakan tempat dan tarikh.
  9. Dalam keadaan tertentu, satu perenggan mengandungi satu ayat sahaja.
  10. Gunakan bahasa baku,ringkas,padat, dan tepat.
  11. Kata-kata orang yang berkaitan dalam sesuatu kejadian boleh dipetik/ditulis.

No comments:

Post a Comment