Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

KARANGAN JENIS KEPERIHALAN/GAMBARAN

PANDUAN MENGARANG

  1. Karangan jenis ini menggambarkan apa-apa yang dilihat, dirasa, didengar, dialami, dibaca atau ditonton.
  2. Karangan jenis ini menggambarkan atau memerihalkan seseorang, tempat, peristiwa atau benda.
  3. Perkara-perkara yang digambarkan ialah perwatakan, pengalaman, pandangan, keadaan, sifat, sikap atau perasaan seseorang.
  4. Perkara yang digambarkan itu sama ada rekaan, khayalan, atau sesuatu yang benar.
  5. Jika menggambarkan seseorang tokoh yang dikagumi, perlu diceritakan watak seperti keadaan fizikal, peribadi, latar belakang hidup, sikap dan tabiat serta sumbangan belia kepada masyarakat atau negara.
  6. Jika memerihalkan peristiwa, perlu dikaitkan dengan apa yang berlaku dan suasana tempat itu. Pelajar perlu mengingat dan membayangkan peristiwa atau apa-apa yang hendak diperkatakan itu dengan jelas dan menarik.
  7. Jika memerihalkan sesuatu tempat, selain menceritakan apa-apa yang dapat dilihat, pelajar perlu juga memerihalkan apa yang pernah didengar dan rasakan serta suasana ketika itu.
  8. Karangan ini tidak mempunyai format khusus.
  9. Bahasa yang digunakan hendaklah indah, menarik dan berkesan serta sesuai dengan situasi.
  10. Jika bersesuaian boleh masukkan dialog.

Contoh Karangan Keperihalan

Soalan : Anda dengan ayah anda sedang berurusan di dalam sebuah bank. Sewaktu anda duduk menunggu ayah anda, suatu rompakan telah berlaku. Tuliskan peristiwa rompakan tersebut.

Pada hari itu ayah mengajak saya menemaninya ke sebuah bank di Bandar, iaitu Bank Malayan Banking. Saya tidak melepaskan peluang ini kerana saya amat suka memerhatikan proses urusan di kaunter bayaran dan gelagat para pelanggan bank.ketika ayah berurusan dengan pegawai bank, saya duduk menunggunya di tempat menunggu. Saya memerhatikan pelanggan bank yang keluar masuk ketika itu.

Tiba-tiba saya terdengar suara berteriak mengarahkan semua orang diam dan tidak bergerak.Saya nampak seorang pemuda bertopeng mengacukan sepucuk pistul ke arah pegawai bank yang bertugas. Dua orang lelaki yang berpistul mengarahkan kami meniarap dan tidak melawan.

Tidak lama kemudian, perompak itu mengarahkan semua pegawai bank ke dalam sebuah bilik.Tanpa sepatah kata dan dengan wajah yang cemas mereka mematuhi arahan itu. Mereka dikurung di dalam bilik tersebut, termasuklah pengawal keselamatan yang telah dirampas senapang patahnya.

Sepantas kilat, dua orang lelaki menuju ke peti wang dan menyelongkar laci simpanan wang.Dalam suasana yang sunyi dan mencemaskan itu,perompak itu memberi amaran sekali lagi. “Sesiapa yang cuba melawan atau bertindak akan ditempak”.Suara perompak itu bergema di dalam bank.

Dua orang perompak bertungkus lumus memasukkan wang ke dalam karung. Seorang daripada mereka mengawal keadaan dengan menghalakan pistul kepada pelanggan yang sedang meniarap di atas lantai.Tiada seorang pelanggan pun berani mengangkat kepala.

Sejurus kemudian perompak-perompak itu meluru keluar sambil melepaskan tembakan rambang. Nasib baik tembakan itu hanya mengenai dinding bank. Kesemua perompak it uterus melarikan diri dengan sebuah kereta yang telah menunggu mereka di luar bank.

4 comments:

  1. Waa~baguslah blog nie
    Lawatlah blog saya di My Art-Wan Shazlianie
    Ini link blog saya:-
    http://wanshazlianie-blogger.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. yeah......... im having d same hw.... haha im gna copy

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete