Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Wednesday, January 26, 2011

Kesalahan Kata Hubung

Penggunaan apabila dan bila

Apabila ialah kata hubung manakala bila ialah kata Tanya.Oleh itu penggunaan apabila tidak boleh digantikan dengan bila dan sebaliknya.

Contoh ayat:

a) Dia tersenyum bila melihat telatah anaknya. (SALAH)

Dia tersenyum apabila melihat telatah anaknya. (BETUL)

Penggunaan kerana dan sebab

Kata kerana ialah kata hubung manakala sebab ialah kata nama.Kata sebab boleh berfungsi sebagai kata hubung jika didahului kata oleh menjadi oleh sebab.

Contoh ayat:

a) Dia tidak dapat datang sebab kakinya sakit. (SALAH)

Dia tidak dapat datang kerana kakinya sakit. (BETUL)

b) Dia tidak dapat datang oleh karana kakinya sakit. (SALAH)

Dia tidak dapat datang oleh sebab kainya sakit. (BETUL)

No comments:

Post a Comment