- Peribahasa merangkumi simpulan bahasa,perumpamaan,pepatah, bidalan dan kata-kata hikmat.
- Karangan jenis ini memerlukan pelajar memahami maksud peribahasa yang diberikan.
- Karangan jenis ini memerlukan daya imagimasi dan kreativiti.
- Ada dua teknik yang digunakan untuk menulis karangan jenis peribahasa.
4.1 Teknik Cerita
i. Cerita yang ditulis itu mestilah dapat menjelaskan maksud peribahasa.
ii. Cerita tersebut mestilah ada permulaan,kemuncak dan penutup.
iii. Pelajar boleh memasukkan dialog,imbas kembali,imbas muka atau teknik penulisan cerita yang lain supaya karangan menjadi lebih menarik.
4.2 Teknik Huraian
i. Teknik ini memerlukan pelajar faham akan maksud peribahasa yang tersurat dan tersirat.
ii. Pelajar juga boleh memasukkan cara peribahasa itu wujud dalam masyarakat.
iii. Kaitkan dengan keadaan semasa atau masyaraakat hari ini.
iv. Berikan contoh peribahasa yang sama erti dan yang berlawan dengannya.
v. Huraikan pengajaran daripada peribahasa itu dan contoh-contohnya.
No comments:
Post a Comment