Ciriciri kebahagiaan & kemenangan seseorang hamba Allah itu adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah,bertambah pula kerendahan hati & kasih sayangnya.Setiap bertambah amalan soleh yang dilakukan,bertambah pula rasa takut & keprihatinannya dalam menjalankan perintah Allah.Ketika bertambah hartanya,bertambah pula kedermawan & pemberiannya pada sesama manusia.Jika bertambah tinggi kedudukannya,bertambahlah ketakwaannya pada Yang Maha Esa & semakin rendahlah hatinya.

Tuesday, January 25, 2011

Surat Tidak Rasmi


1. Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi.Biasanya surat ini ditulis kepada ahli keluarga,saudara-mara atau sahat handai.

2. Isi kandungannya adalah hal-hal tidak rasmi, berdasarkan soalan.

3. Mesti menggunakan bahasa baku, berserta dengan ejaan dan tanda baca yang betul.

4. Seelok-eloknya gunakanlah bahasa yang mudah tetapi tepat dan padat.

5. Gunakan laras surat yang betul dan bersesuaian.

FORMAT SURAT TIDAK RASMI

…………(a)………….

……………………….

……………………….

……….(b)…………….

……………………………( c )……………………………………………

…………………………………………………………………………….. .

………….(d)………… ,

………………………………..(e)…………………………………………

……………………………………………………………………………………………

………………………………………………………… .

……………………………………………….(e)………………………………………..

……………………………………………………………………………………………

………………………………………………………….. .

……………………………………………….(e)……………………………………….

……………………………………………………………. .

………………………………………………..(e)………………………………………

……………………………………………………………… .

……………………………………(f)…………………………………….

……………………………………………………………… .

……………(g)……………….

………………(h)…………….

(……………..(i)……………)

FORMAT SURAT TIDAK RASMI

a. Nama dan Alamat Pengirim

Ditulis sepenuhnya di sebelah kanan bahagian atas surat.

b. Tarikh

Ditulis di bawah alamat pengirim, melangkau satu baris. Bubuh tanda noktah selepasnya. Nama bulan perlu dieja sepenuhnya.

c. Pembuka Kata

Ditulis ke dalam sedikit selepas melangkaui satu atau dua baris.Digalakkan menulis nama dan tempat tinggal penerima.

d. Kata Ganti Diri Penerima

Ditulis di sebelah kiri atau tepi surat. Kata ganti diri penerima hendaklah sesuai dengan penerima. Dibubuh tanda koma selepas kata ganti diri penerima.

e. Isi

Ditulis dalam beberapa perenggan (Seperti karangan biasa).

f. Penutup

Ditulis ke dalam sedikit dan mestilah sejajar dengan perenggan pembuka kata.

g. Pengakuan Pengirim

Ditulis di sebelah kanan surat melangkaui dua baris.Huruf awak hendaklah dutulis dengan huruf besar. Bubuh tanda koma selepasnya.

h. Tantangan

Diletakkan di bawah pengakuan pengirim.

***Digalakkan menulis nama pengirim(Dalam kurungan ) di bawah tandatangan pengirim.

No comments:

Post a Comment