Kesalahan Ayat Tidak Lengkap
Penggunaan Subjek dan Predikat
Ayat yang lengkap mesti mengandungi subjek dan predikat.Ayat yang tidak mengandungi subjek dan predikat dikatakan ayat yang tidak lengkap atau tergantung.
Contoh ayat:
a) Bangunan yang tinggi itu. SALAH
subjek
Ayat ini tidak lengkap kerana hanya mempunyai subjek.
Bangunan itu / yang tinggi. BETUL
Subjek predikat
Atau
Bangunan / tinggi. BETUL
Subjek predikat
Ayat ini lengkap kerana mengandungi subjek dan predikat.
b) Kasut yang berwarna coklat itu. SALAH
subjek
Kasut itu / yang berwarna coklat. BETUL
Subjek predikat
c) Untuk ibu saya. SALAH
predikat
Hadiah ini / untuk ibu saya. BETUL
Subjek predikat
Kesalahan Struktur Ayat
Susunan kata dalam ayat atau struktor ayat mestilah lengkap, tepat, dan betul supaya maksudnya dapat difahami.Kesalahan struktor ayat sering didapati dalam ayat tanya, ayat majmuk gabungan, dan ayat majmuk pancangan.
Penggunaan ayat tanya
Predikat kata tanya yang disertai partikel –kah perlu diletakkan di hadapan subjek ayat.Predikat kata tanya yang disertakan dengan partikel –kah perlu diletakkan di belakang subjek ayat.
Ayat tanya dengan partikel –kah
Contoh ayat:
a) Dia / kawan kamukah? SALAH
subjek predikat
Ayat tanya ini salah struktornya kerana predikat ayat yang bergabung dengan partikel –kah diletakkan di belakang ayat.
Kawan kamukah / dia?
Subjek predikat BETUL
Diakah / kawan kamu?
Subjek predikat
Ayat ini betul kerana kata yang bergabung dengan partikel –kah diletakkan di hadapan ayat.
b) Jualan murah itu / selama berapa harikah? SALAH
subjek predikat
Selama berapa harikah / jualan murah itu? BETUL
Ayat tanya tanpa partikel –kah
Contoh ayat:
a) Apa / barang itu? SALAH
subjek predikat
Barang itu / apa? BETUL
Subjek predikat
b) Siapa / rumah itu? SALAH
Itu / rumah siapa? BETUL
Penggunaan ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk gabungan dibentuk daripada dua atau lebih ayat tunggal yang dihubungkan dengan hata hubung gabungan.Unsur yang sama dalam ayat tunggal yang digabungkan perlu disebut sekali sahaja.Jika predikat dalam ayat-ayat tunggal itu mempunyai frasa sendi nama,maka frasa sendi nama itu perlu dikekalkan.
Contoh ayat:
a) Minuman ini bukan untuk kamu tapi dia. SALAH
Ayat ini salah kerana tidak mengekalkan kata sendi nama yang terdapat dalam ayat tunggal.
Minuman ini bukan untuk kamu tetapi untuk dia. BETUL
b) Kita perlu ke makmal atau bengkel? SALAH
Kita perlu ke makmal atau ke bengkel? BETUL
Penggunaan ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk pancangan dibentuk dengan memancangkan satu atau beberapa ayat kecil lain (ayat tunggal) ke dalam satu ayat utama atau ayat induk dengan menggunakan kata hubung pancangan.Oleh itu, untuk membentuk ayat majmuk pancangan, kata hubung pancangan perlu dikekalkan.
Contoh ayat:
a) Saya berdoa anda lulus peperiksaan dengan cemerlang. SALAH
Ayat ini salah kerana telah menggugurkan kata hubung pancangan.
Saya berdoa agar anda lulus peperiksaan dengan cemerlang. BETUL
b) Zaidi melihat pemandangan sungguh indah itu. SALAH
Zaidi melihat pemandangan yang sungguh indah itu. BETUL
c) Dia menyatakan soalan itu sungguh mudah. SALAH
Dia menyatakan bahawa soalah itu sungguh mudah. BETUL
d) Dia menyatakan yang soalah itu mudah. SALAH
Ayat ini salah kerana menggunakan kata hubung yang tetapi tidak menggunakan kata hubung bahawa.
Dia menyatakan bahawa soalan itu mudah. BETUL
e) Saya diberitahu yang bapanya telah meninggal dunia. SALAH
Saya diberitahu bahawa bapanya telah meninggal dunia. BETUL
Selain kesalahan struktor dalam kata tanya, ayat majmuk gabungan, dan ayat majmuk pancangan, kesalahan struktor ayat juga berlaku apabila susunan kata dalam sesuatu ayat tidak betul dan tidak tepat yang menyebabkan maknanya sukar difahami.
Contoh ayat:
a) Berapa harikah selama jualan murah itu? SALAH
Selama berapa harikah jualan murah itu? BETUL
b) Bukan minuman ini untuk Ahmad tetapi untuk Amri. SALAH
Minuman ini bukan untuk Ahmad tetapi untuk Amri. BETUL